About me

My photo
nk anak dopblas org..kembar kembar kembar kembar ekekeke
Feeds RSS
Feeds RSS

Friday, December 10, 2010

sinar UV pada mata dan kulit

Ari ni terlebih rajin pulak yamenggodek2 psl kesihatan …so pd ptg jumaat ni mari kita beljar psl sinaran uv terhadap kulit dan mata ya tuan2 puan2 dato2 datin2…hihihihi
Tahukah kita sebenarnya memakai sunglasses yg murah2 rege rm10 rm20 dipsr2 mlm adalah sgt2 tidak bagus dan boleh merosakkan mata. Adalah lebih baik tidak pki dari pakai...sekurng2nya mata kita akan bg reaction mengecil bila menghadap matahari...sedikit sbyk mengurgkan penyerapan sinar uv sedangkn kalau pki yg xde protection kita boleh tgk matahari gitu2 besar mata boleh bukak kan....so carilah yg btl2 dikedai cermin mata, yg ada UV protection..kalau di tmbh polarized lg bgs sbb ia boleh menghalang reflection cahaya…senang pki utk drive time mlm or hujan
Ada 2 jenis sinaran matahari iaitu ultraungu A(UVA) dan ultraungu B(UVB). Mata manusia tidak berupaya mengenal pasti berbagai elemen cahaya mengikut berbagai jarak gelombang yang lain. Cahaya UV, cahaya biru dan cahaya IR boleh menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu mata.
 Penyerapan cahaya UV lama-kelamaan mungkin membawa kepada kanta mata menjadi semakin gelap. Cermin mata hitam dipakai seharusnya bukan sekadar untuk penampilan tetapi yang lebih penting adalah sebagai alat yang boleh menghalang kesan resapan cahaya UV, cahaya biru dan juga IR yang akan merosakkan tisu mata.


Sekiranya anda menggunakan cermin mata yang murah dan tidak mengikut piawaian, ia mungkin tidak berupaya menapis cahaya UV.Ini akan menyebabkan kerosakan tisu-tisu mata seperti tisu pada bahagian kelopak mata yang boleh membawa kepada kanser pada bahagian tersebut.

Secara amnya, bila kita memakai cermin mata hitam, saiz bukaan pupil akan membesar kerana cermin tersebut mengurangkan cahaya terang daripada masuk ke dalam mata. Sekiranya cermin tersebut tiada perlindungan UV, lebih banyak cahaya UV dari matahari akan masuk ke dalam mata melalui pembukaan anak mata yang lebih besar pada ketika itu. Ini akan menyebabkan kerosakan kepada lebih banyak tisu mata. Bukan sahaja bahagian kornea dan kanta mata, cahaya UV juga boleh terus ke retina yang boleh menyebabkan kerosakan tisu-tisu retina. Maklumat lanjut psl artikel ni boleh baca disini ya..


Pendedahan cahaya UV terhadap kulit pula boleh menyebabkan kanser kulit dan bibir. Juga menyebabkan "premature ageing" iaitu proses penuaan yang berlaku dengan lebih cepat daripada sepatutnya dan juga pigmentasi seperti jeragat.

 
Jeragat bila dh muncul tidak boleh dihilang tp boleh dipudarkan…ia tetap ada didlm kulit…..Cuma boleh dihilang dgn  cara pembedahan laser or pengelupasan(peeling)..tp peeling akan memberi kesan jangka pjg yg xelok kepada kulit anda sekali…so jgn jgn sesekali pki apa2 produk yg berunsur peeling ni huhuu

Beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari yang merangsang kehadiran jeragat pada muka dan faktor genetik. Bagi pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang pula boleh menyebabkan potensi kulit berjeragat terhadap individu lebih tinggi.
Mcm mn jeragat terjadi?Penembusan cahaya-cahaya UV ke dalam lapisan dalam kulit akan meyebabkan penghasilan melanin yang lebih banyak. Melanin adalah pigmen semulajadi dalam kulit yang boleh menyerap sinar ultraungu (UV) dan menjadikan kulit berwarna perang. Ia membantu melindungi dari sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.
Bila xde protection pd kulit. Melanin ini akhirnya akan keluar ke bahagian luar kulit dan menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap. Adalah lebih mudah dan murah untuk mencegah daripada merawat. Perlu diingat bahawa kerosakan akibat UV ini tidak boleh diperbaiki (non-reversible), malah ia akan berkumpul (cumulative).
Kebanyakan manusia mempunyai sedikit sahaja pigmen melanin  ini lebih2 lg org berkulit cerah...mcm mat salleh ...diorg mudah kena jeragat kan. Oleh itu perlu perlu sgtlah perlu utk kita memakai  pelindung cahaya matahari/sunblock sebagai perlindungan tambahan sekurg2nya SPF15.. Dan juga lindungi kulit daripada sinaran matahari terutama dari jam 12 tengah hari sehingga 5 petang.

Berapa nilai SPF ni berkaitan dengan masa kita boleh berada di bawah cahaya matahari sebelum mengalami sunburn. Contohnya SPF 30 akan membolehkan kita berada di bawah cahaya matahari 30 kali lebih lama, berbanding tanpa penggunaan sunblock.
Sekiranya anda boleh duduk di bawah cahaya matahari tanpa terbakar kulit selama 10 minit, penggunaan produk yang mempunyai SPF 30 membolehkan anda berada di bawah cahaya matahari selama 30 x 10 minit, iaitu bersamaan dengan 300 minit atau 5 jam. Ini cuma anggaran sahaja,  ianya jugak bergantung kepada brape byk amaunt yg kita oles pd kulit kita xkira la wajah je tubuhnya. Kena igt juga sunblock juga diapply 30minit b4 kita nk keluar. 


okei....stat ari ni kena bli spekmata itam baru ekeke.....Year End Sale kn skg kui3x alasan...diskaun  40 50 60 % utk sunglasses.....blhlah pki fakta ni ajk psgn anda bli kan spek baru hahahhaa
pastu mari kita rajin2 tepek sunblock hari2...supaya kulit kita sentiasa cantik dan sihat...kulit ya kulit...org mmg smua dh lahir cantik pun :-)

sekian sahaja kelas ptg ini dr pakar dermatologi blajar xabis ni ekekeke....

2 jari2 menari:

Farah Ikin said...

Bie..seb baik kin dah beli spek mata baru yg original lah..taksempat nak blog pasal beli sunglasess baru..hheheh

thanks for the info..i ni mmg jenis berjeragat ..sejak kecil lagi..hehehe

bie said...

ikin: ni sbb trgt member punya cerita ttg kwn dia yg rosak mata akibat pki spek mata yg xde protection...tmbhan lg member dia jenis suka pki ari2 kalau blh setiap masa...ni pun mengusha2 gak time sale slalu ada diskaun byk..tp bila dh byk2 rmbg mata pulak nk pilih haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...